Monday, June 1, 2009

moke: Doa + usaha = tangga kejayaan.

Doa adalah satu ibadah. Ia merupakan salah satu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib.

Dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t. Sebagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.

Dari segi bahasa perkataan "doa" bererti panggilan atau meminta pertolongan, lebih difahami sebagai permohonan dari seorang hamba kepada Alah s.w.t untuk menunaikan hajatnya.

Di dalam Al-Quran banyak perkataan doa yang mempunyai pengertian dan makna tertentu di antaranya :
a.


Dengan makna "ibadat" sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, " Dan janganlah Kamu berdoa kepada selain Allah s.w.t, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepada kamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu". ( Yunus, 106)

Yang dimaksudkan dengan "berdoa" di dalam ayat di atas ialah beribadat (menyembah) yakni jangan kamu beribadat selain dari Allah s.w.t yang tidak berkuasa memberi manfaat dan mudarat kepadamu.
b.
Dengan makna "memuji" seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud, " Katakan olehmu wahai Muhammad s.a.w, berdoalah (pujilah) akan Allah s.w.t atau mendoalah (pujilah) akan Ar-Rahman". (Isra', 110)
c.
Dengan makna memohon bantuan atau pertolongan seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud, " Dan berdoalah kamu (minta bantuan) kepada orang-orang yang dapat membantumu".
d.
Dengan makna " permintaan" seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Mintalah kamu kepadaku, Aku perkenankan permintaan kamu itu". ( Al-Mukmin, 60)
Berdasarkan kepada pengertian doa yang tersebut di atas dapat disimpulkan bahawa doa ialah "melahirkan rasa rendah diri dan tunduk kepada Allah s.w.t serta menyatakan hajat atau permohonan yang dikehendaki".

Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baiknya hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut.
»
Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah s.w.t.
»
Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.
»
Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana ( tidak terlalu laju).
»
Doa dibaca dengan suara yang sesuai ( tidak terlalu kuat dan sebaliknya).
»
Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah s.w.t.

Seorang hakim pernah ditanya oleh orang ramai "mengapa kami berdoa tapi tidak juga diterima, padahal Allah s.w.t telah berfirman yang maksudnya, " Berdoalah kamu padaku nescaya Aku perkenankan". Hakim menjawab, " Kamu telah melakukan tujuh perkara yang menyebabkan doamu tertolak iaitu :

Kamu telah melakukan amal yang memurkakan Allah s.w.t dan tidak bertaubat serta tidak menyesali perbuatan itu.

Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak memperhatikan perintah-perintah dan larangan yang ada di dalamnya.

Kamu berkata kami hamba Allah s.w.t tetapi tidak berlaku taat seperti taatnya seorang hamba kepada majikannya.

Kamu mengaku ummat Muhammad s.a.w, tetapi tidak melakukan sunnahnya.

Kamu mengaku bahawa dunia ini tidak berharga di sisi Allah s.w.t walaupun sesayap nyamuk, tetapi kamu merasa tenteram dan seronok di dalamnya.

Kamu berkata bahawa dunia ini akan hilang, tetapi kamu berbuat seakan-akan hidup selama-lamanya.
Kamu mengakui bahawa akhirat itu baik daripada dunia, tetapi kamu tidak bersungguh-sungguh mencari bekal untuk akhirat

Doa yang dimakbul oleh Allah ada 3 keadaan iaitu doa yang dimakbulkan didunia lagi, doa yang tidak dimakbulkan tetapi digantikan dengan mengelakkan perkara-perkara yang buruk yang lain dan doa yang tidak dimakbul didunia tetapi dimakbul di akhirat nanti

Jenis-Jenis Ikan

Jenis-Jenis Ikan



Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling sedih?
Jawapan: Ikan Haruan... pasal dia sentiasa terharu.

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa suka tipu org?
Jawapan: Ikan goreng... kalau dah kena goreng,

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa tak tahu malu?
Jawapan: Ikan Sardin... sebab buat muka sardin je

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling miskin?
Jawapan: Ikan Kering... sebab poket selalu kering .

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling havoc?
Jawapan: Pati Ikan haruan Polleney... pasal dia asik

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan sambut Thaipusam?
Jawapan: Ikan paus (whale). Whale whale... whale

Berita Dunia

Berita Dunia

  • Israel tuduh AS sokong Palestin
    BAITULMAQDIS: Israel semalam menuduh Amerika Syarikat menyokong Palestin kerana mendesak supaya membekukan semua aktiviti penempatan Yahudi di wilayah Tebing Barat…
  • Inul tak sabar 'gerudi' semula
    JAKARTA: Penyanyi dangdut terkemuka Indonesia, Inul Daratista membuat sedikit kejutan apabila mengakui beliau tidak sabar untuk kembali 'menggerudi' dan beraksi…
  • 'Pengurus bunuh Jimi Hendrix'
    LONDON: Legenda muzik rock, Jimi Hendrix, dibunuh oleh pengurusnya yang menerima pampasan insurans penyanyi itu, kata seorang bekas pembantu, James…
  • Bachchan protes pelajar India diserang
    MUMBAI: Pelakon popular Bollywood, Amitabh Bachchan menolak anugerah doktor kehormat daripada sebuah universiti Australia sebagai bantahan kepada beberapa serangan terhadap…
  • Taliban di Waziristan digempur
    ISLAMABAD: Pasukan keselamatan Pakistan bertempur dengan militan di wilayah Waziristan Selatan dekat sempadan Afghanistan, menyebabkan sekurang-kurangnya 40 militan dan empat…
  • Bicara Suu Kyi isu dalaman: Myanmar
    SINGAPURA: Myanmar menegaskan bahawa perbicaraan ikon demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi dilakukan mengikut lunas undang-undang negara berkenaan dan…
  • Susan Boyle dapat tempat ke-2
    LONDON: Susan Boyle yang memukau penonton apabila menyampaikan lagu I Dreamed a Dream dengan ditonton berjuta-juta penonton di seluruh dunia…
  • Berlusconi sekat foto disiar
    ROME: Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi melawan balik dakwaan skandal terbaru menuduh beliau suka wanita muda, dengan menyekat penerbitan beratus-ratus…

Amerika Bina Kaabah Di New York ?






Bangunan yang menyerupai kaabah ini dibina di New York, ianya dikatakan akan dijadikan `tempat minuman'. Walaupun mendapat bantahan dari masyarakat Islam disana tetapi kerajaan pimpinan Barak Obama tetap meneruskan..

moke:
Kenapa tak kuil ker ?? Mengapa Islam sentiasa menjadi `mangsa'

Saturday, May 30, 2009

Demo RC DRIFT @ Hari Bapa Negeri Perak


Demo RC DRIFT @ Hari Bapa Negeri Perak


Tarikh : 13 Jun 2009
masa : 8.00 am - 1.00 pm
tempat : perkarangan Dataran Teluk Batik

jumlah peserta : 10 orang ++
surface : simen berbumbung.
power supply, xtension, meja, kipas di sediakan


pada yang daftar 10 yang pertama akan mendapat saguhati dari pihak LPPKN negeri Perak.

2009 Event Schedule


stardrift

Star Drift Challenge 2009 Series

————————————————

Round 1: 28 & 29 March 2009

Round 2: 16 & 17 May 2009

Round 3: 24 & 25 October 2009


d1-grand-prix

D1 Grand Prix, Tokyo Odaiba

———————————————

23 & 24 May 2009


formula-drift

Formula DRIFT Singapore & Malaysia

———————————————————

Singapore: June TBC

Malaysia: 5 & 6 December 2009


pss-logo

Perak Super Series

——————————

Round 1: 10+11 Jan

Round 2: 2+3 May

Round 3: 10+11 October

Round 4: 5+6 December


pdl

Potenza Driving Lesson

————————————–

TBA


drift-australia-logo

Drift Australia 2009 Championship

—————————————————–

19 - 20 September, Oran Park Raceway, Sydney