Monday, June 1, 2009

moke: Doa + usaha = tangga kejayaan.

Doa adalah satu ibadah. Ia merupakan salah satu tanda kerendahan diri hamba terhadap Tuhannya. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Sesuatu ibadah itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, penuh tawaduk dan tertib.

Dengan demikian, ia mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak. Ini bermakna doa tidak boleh dilakukan sebagai suatu acara kebudayaan atau adat yang bertentangan dengan ruh ibadah dan rasa tawaduk kepada Allah s.w.t. Sebagai suatu ibadah, doa hendaklah dilakukan pada masa yang sesuai, pada suasana yang baik dan dilakukan di tempat yang betul.

Dari segi bahasa perkataan "doa" bererti panggilan atau meminta pertolongan, lebih difahami sebagai permohonan dari seorang hamba kepada Alah s.w.t untuk menunaikan hajatnya.

Di dalam Al-Quran banyak perkataan doa yang mempunyai pengertian dan makna tertentu di antaranya :
a.


Dengan makna "ibadat" sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud, " Dan janganlah Kamu berdoa kepada selain Allah s.w.t, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepada kamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudarat kepada kamu". ( Yunus, 106)

Yang dimaksudkan dengan "berdoa" di dalam ayat di atas ialah beribadat (menyembah) yakni jangan kamu beribadat selain dari Allah s.w.t yang tidak berkuasa memberi manfaat dan mudarat kepadamu.
b.
Dengan makna "memuji" seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud, " Katakan olehmu wahai Muhammad s.a.w, berdoalah (pujilah) akan Allah s.w.t atau mendoalah (pujilah) akan Ar-Rahman". (Isra', 110)
c.
Dengan makna memohon bantuan atau pertolongan seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud, " Dan berdoalah kamu (minta bantuan) kepada orang-orang yang dapat membantumu".
d.
Dengan makna " permintaan" seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud, "Mintalah kamu kepadaku, Aku perkenankan permintaan kamu itu". ( Al-Mukmin, 60)
Berdasarkan kepada pengertian doa yang tersebut di atas dapat disimpulkan bahawa doa ialah "melahirkan rasa rendah diri dan tunduk kepada Allah s.w.t serta menyatakan hajat atau permohonan yang dikehendaki".

Setiap doa yang hendak dibaca hendaklah mempunyai sifat dan tujuan yang baik. Doa yang diucapkan sebaik-baiknya hendaklah dalam keadaan dan cara seperti berikut.
»
Mengetahui tujuan berdoa atau apa yang hendak dipohon dari Allah s.w.t.
»
Doa dibaca dengan betul dan tepat sebutan mahrajnya.
»
Doa dibaca dengan suara yang jelas dan sederhana ( tidak terlalu laju).
»
Doa dibaca dengan suara yang sesuai ( tidak terlalu kuat dan sebaliknya).
»
Doa dibaca dengan penuh rasa khusyuk dan tawaduk kepada Allah s.w.t.

Seorang hakim pernah ditanya oleh orang ramai "mengapa kami berdoa tapi tidak juga diterima, padahal Allah s.w.t telah berfirman yang maksudnya, " Berdoalah kamu padaku nescaya Aku perkenankan". Hakim menjawab, " Kamu telah melakukan tujuh perkara yang menyebabkan doamu tertolak iaitu :

Kamu telah melakukan amal yang memurkakan Allah s.w.t dan tidak bertaubat serta tidak menyesali perbuatan itu.

Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak memperhatikan perintah-perintah dan larangan yang ada di dalamnya.

Kamu berkata kami hamba Allah s.w.t tetapi tidak berlaku taat seperti taatnya seorang hamba kepada majikannya.

Kamu mengaku ummat Muhammad s.a.w, tetapi tidak melakukan sunnahnya.

Kamu mengaku bahawa dunia ini tidak berharga di sisi Allah s.w.t walaupun sesayap nyamuk, tetapi kamu merasa tenteram dan seronok di dalamnya.

Kamu berkata bahawa dunia ini akan hilang, tetapi kamu berbuat seakan-akan hidup selama-lamanya.
Kamu mengakui bahawa akhirat itu baik daripada dunia, tetapi kamu tidak bersungguh-sungguh mencari bekal untuk akhirat

Doa yang dimakbul oleh Allah ada 3 keadaan iaitu doa yang dimakbulkan didunia lagi, doa yang tidak dimakbulkan tetapi digantikan dengan mengelakkan perkara-perkara yang buruk yang lain dan doa yang tidak dimakbul didunia tetapi dimakbul di akhirat nanti

No comments:

Post a Comment